FIZIK TINGKATAN 5
BAB 4 ― KEELEKTROMAGNETAN
KESAN DAYA KE ATAS KONDUKTOR PEMBAWA ARUS DALAM SUATU MEDAN MAGNET. ⭐️
1. Medan magnet dihasilkan oleh konduktor yang membawa arus dan magnet kekal.
2. Interaksi berlaku di antara dua medan magnet itu.
3. Medan magnet lastik terhasil.
4. Daya magnet dihasilkan.
PETUA TANGAN KIRI FLEMING. ⭐️
― Arah bagi mana-mana parameter (arus, medan magnet dan daya) boleh ditentukan dengan petua tangan kiri Fleming apabila arah mana-mana dua parameter diketahui.
― Jari ibu ke atas menunjukkan arah daya.
― Jari telunjuk ke hadapan menunjukkan arah medan magnet (bermula dengan arah selatan, seterusnya utara).
― Jari tengah ke kanan menunjukkan arah arus.
MOTOR ELEKTRIK. ⭐️
― Jika kekuatan medan magnet bertambah, maka laju motor bertambah.
― Jika bilangan lilitan gegelung bertambah, maka laju motor bertambah.
― Jika luas gegelung berkurang, maka laju motor berkurang.
― Jika gegelung dililit pada teras besi lembut, maka laju motor bertambah.
― Jika arus dalam gegelung bertambah, maka laju motor bertambah.
ARUHAN ELEKTROMAGNET. ⭐️
― Jika laju magnet bertambah, maka arus aruhan bertambah.
― Jika kekuatan medan magnet bertambah, maka arus aruhan bertambah.
― Jika bilangan gegelung bertambah, maka arus aruhan bertambah.
― Jika luas gegelung berkurang, maka arus aruhan berkurang.
PRINSIP KERJA TRANSFORMER RINGKAS. ⭐️
1. Bekalan kuasa a.u. menghasilkan arus ulang-alik dalam gegelung primer.
2. Arus ulang-alik menghasilkan medan magnet yang mempunyai magnitud dan arah yang berubah-ubah.
3. Fluks magnet daripada gegelung primer terpaut dengan gegelung sekunder melalui teras besi lembut.
4. Perubahan medan magnet itu mengaruhkan voltan ulang-alik pada gegelung sekunder.
KECEKAPAN TRANSFORMER. ⭐️
― Jika rintangan gegelung bertambah, maka kehilangan kuasa sebagai haba bertambah.
― Jika arus pusat pada teras besi lembut bertambah, maka kehilangan kuasa sebagai haba bertambah.
― Jika teras besi lembut digunakan, maka kehilangan kuasa untuk memagnetkan dan menyahmagnetkan teras berkurang.
― Jika gegelung primer dan gegelung sekunder dililit pada lengan yang sama antara satu sama lain, maka kehilangan kuasa kerana kebocoran fluks magnet.
―
#fizik #spm ⨾ ଓ
𖨂
@studywshamei ᨦ 🖇🗞͠𝅄 ꒱